Monday, 22 December 2014

Assignment (13Dec2014) - Funding Agencies

Agensi : PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad)

LATAR BELAKANG :

PUNB : "Kejayaan Anda Aspirasi Kami"
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) adalah badan pembangunan usahawan terunggul di Malaysia.

OPERASI PUNB :
Membangun usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif. Ia  menjadi nadi penggerak untuk membangun usahawan Bumiputera tulen  yang profesional dan beretika tinggi dimana penglibatan dan sumbangan mereka penting kepada pembangunan ekonomi negara.

TENTANG PUNB :
Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965

  • Tarikh penubuhan : 17 Julai 1991
  • Milikan penuh kepada : Yayasan Pelaburan Bumiputra
  • Modal dibenarkan : RM500 juta
  • Modal berbayar : RM400 juta

Operasi perniagaan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej pembangunan keusahawanan bersepadu untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej pembangunan ini dirangka untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan mereka ke arah kecemerlangan.

Inilah asas kewujudan PUNB.

Visi :

  • Menjadi pusat kecemerlangan terulung dalam pembangunan keusahawanan.


Misi Kami :

  • Menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan korporat.


Objektif Kami :

  • Menambah jumlah dan meningkat kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor industri dan komersil.
  • Menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.
  • Menyalurkan budaya keusahawanan di kalangan usahawan Bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PUNB


1) Khidmat Nasihat Korporat

a) Pembangunan & Pengawasan
  • PUNB menawarkan kemudahan khidmat nasihat di mana Perkhidmatan Perniagaan dan Kursus Kemahiran Keusahawanan turut disediakan untuk membekalkan usahawan dengan medium yang tepat bagi mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.
b) Perkhidmatan Perniagaan:
  1. Untuk operasi pra-niaga
  2. Pemeriksaan premis
  3. Pemantauan akaun
  4. Khidmat nasihat perniagaan
2) Latihan

Pembangunan Usahawan & Perniagaan 
  • Selain kemudahan pembiayaan, PUNB juga menyediakan latihan kepada usahawan yang mendapat pembiayaan PUNB untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan dan membangunkan perniagaan mereka. Sebahagian dari program latihan ini juga ada dibuka kepada mereka yang berminat untuk menyertainya.
3) Pembangunan Perniagaan


Jaringan & Promosi
  • Hubungan jaringan merupakan kunci kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Justeru PUNB menyediakan landasan untuk usahawan PUNB termasuk mereka yang berminat untuk mengembangkan jaringan mereka dengan penglibatan di dalam program yang dianjurkan PUNB.


TERBARU : PROGRAM KHAS YANG DITAWARKAN OLEH PUNB

Siswazah Prantis
  • PUNB telah memperkenalkan program khas untuk siswazah muda - Program Siswazah Perantis untuk membantu graduan Bumiputera yang menganggur memiliki kemahiran dalam menguruskan perniagaan melalui program latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB. Peserta (perantis) program ini akan mendapat pendedahan kepada pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan selain daripada kursus dan latihan teori.
Objektif
  • Menyediakan peluang untuk siswazah muda menceburi bidang perniagaan khususnya bidang peruncitan dan pengedaran
  • Meningkatkan pengetahuan siswazah muda melalui latihan dan kursus kemahiran
  • Meningkatkan kemahiran siswazah muda mengikut keperluan industri supaya mudah mendapatkan pekerjaan
Perantis
  • Perantis akan menerima elaun bulanan sepanjang tempoh latihan
  • Tempoh latihan adalah 12 bulan bergantung kepada program keusahawanan yang ditawarkan
  • Perantis berpeluang untuk mempelajari cara menguruskan perniagaan selain menduduki latihan teori dan praktikal serta kursus menyediakan Rancangan Perniagaan
  • Jika memenuhi syarat, perantis layak memohon pembiayaan perniagaan khususnya skim PROSPER Usahawan Muda untuk memulakan perniagaan sendiri
Kelayakan
  • Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa pendaftaran
  • Memiliki Sijil Kemahiran (Tahap 2 dan ke atas), pemegang Diploma atau Ijazah dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan
  • Menjalani latihan sepenuh masa
  • Tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berminat menjadi usahawan
Mentor
  • Kebanyakan mentor merupakan syarikat dan perniagaan di bawah naungan PUNB.
  • Mentor juga terdiri daripada syarikat-syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.
Program Keusahawanan
  • Mereka yang berminat boleh memilih mana-mana program keusahawanan yang ditawarkan seperti tersenarai di bawah:
  1. Program Keusahawanan Tekno & Khidmat Kreatif
  2. Program Keusahawanan Kemahiran Kejuruteraan & Pembekalan Bahan Binaan
  3. Program Keusahawanan Khidmat Profesional
  4. Program Keusahawanan Khidmat Pendidikan

Wednesday, 17 December 2014

Assignment (29Nov2014) - NIDA Laudry Enterprise

Core:
  • Menyediakan perkhidmatan dobi cucian kering dan cucian basah, mengososk dan melipat pakaian.
Strategic:
  • Premis ini terletak di kawasan perumahan , perkilangan , hospital swasta dan juga berhampiran kawasan yang ramai pelajar dari IPTA/IPTS.
  • Lokasinya yang terletak di tepi jalan besar bagi pelanggan untuk singgah serta menghantar dan mengambil pakaian.
  • Laluan yang utama bagi penduduk-penduduk di taman berhampiran untuk menuju ke Johor Bahru.
Network:
  • TAN ELECTRICAL SE1 TAN ELECTRICAL SERVIC
  • WELLMAC MACHINERY SDN.BHD.
  • SYARIKAT CHENG SOON
  • RANK CHEMICAL SDN. BHD.
Customer:
  • Penduduk setempat
  • Pekerja kilang
  • Pelajar
  • “Walk in” pelanggan yang menyewa apartment hotel dan chalet



LINK UNTUK KERTAS KERJA :

https://docs.google.com/file/d/0B9JSR6r3lP0_NGY0NDkzMGYtMjY2NS00MGFjLTgwYmYtOGU0YzA5OGNiMjMy/edit?hl=en_US&pli=1

 

Thursday, 11 December 2014

Presentation (29Nov2014) - Product Ideas Diff Context




Produk : C-F1

1) Penerangan Produk : 

  • Produk kami adalah Penapis Rokok Mesra Alam juga diberi nama C-F1. Rokok tidak asing lagi dikalangan rakyat negara ini terutama sewaktu menonton Perlumbaan F1 di litar Sepang. Oleh itu syarikat kami telah mencipta sebuah penapisan rokok yang dapat mengawal asap rokok dan udara daripada pencemaran disekitar kawasan tersebut. 

2) Pengguna :

  • Golongan perokok tegar.

3) Fungsi Penapis Rokok :

  • Dapat menutralisasi asap rokok yang kebanyakan dibakar oleh tembakau dan dapat meminima kan pencemaran. Selain itu filter yang pihak kami cipta juga mempunyai pelbagai perisa seperti, Buah-buahan dan sebagainya.