Monday, 17 November 2014

From Zero to Hero (Muhammad Hadi Bin Hamdan SX120312CSVS04)


DATO' HAJI RAMLY B. MOKNI

PENERANGAN TENTANG PRODUK

RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD adalah industri Bumiputra yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY.

Diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato' Haji Ramly B. Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai kilang pemerosesan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan daripada pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama RAMLY kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan di persada antarabangsa.



BAGAIMANA PERNIAGAANNYA MENDAPAT KEJAYAAN?

Dato’ Ramly Mokni memulakan perniagaan bermula daripada sebuah kiosk bergerak di jalan kecil di tengah-tengah kotaraya. Di sekitar 34 tahun yang lalu, Ramly telah membina sebuah empayar makanan yang mempunyai jualan tahunan sebanyak 1 billion ringgit, mewujudkan kira-kira 150 tan metrik produk berasaskan makanan laut, daging dan ayam sehari. Jenama Burger Ramly itu sendiri begitu sinonim dengan snek larut malam di kalangan warga Malaysia. Kombinasi di antara isi daging mahupun ayam, telur, mentega dan sos yang diapit oleh dua keping bun itu secara tidak langsung menjadi teman kepada pencinta makanan di mana-mana gerai Ramly di seluruh Negara.

Burger Ramly telah ditubuhkan selama lebih dari 30 tahun. Pada tahun 1978, isu Halal dan Haram merupakan bualan hangat pada masa itu kerana kebanyakan burger daging lembu diimport dan tidak dapat dipastikan dan diyakini status halal haramnya. Pada masa itulah tercetusnya idea daripada Dato’ Ramly Mokni untuk memproses burger daging lembu sendiri dari rumah. Beliau juga dapat melhat bahawa ini merupakan satu peluang keemasan dan potensi untuk membuat produk berasaskan makanan yang diusahakan dan dipasarkan oleh masyarakat Bumiputera. Dari situ jugalah timbulnya minat Dato’ Rmly Mokni terhadap bidang keusahawanan.

CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGURUS SYARIKAT

Pada mulanya, perniagaan burger mendapat sambutan yang rendah kerana dianggap perkara baru di Malaysia yang berupa jenis makanan Barat. Pada masa yang sama, Dato’ Ramly Mokni membuka gerai di Kampung Baru, Jalan Haji Hussein, Jalan Chow Kit, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, dan di sekitarnya bagi memperkenalkan Burger Ramly kepada orang ramai sebagai salah satu alternatif lain bagi burger daging lembu import. Sesuai dengan selera warga tempatan, bukan sahaja burger yang telah dimasak, malah daging burger yang mentah juga laku dan mendapat permintaan yang tinggi dalam sehari.

Seperkara lagi, pinjaman Dato’ Ramly Mokni pernah ditolak oleh MARA. Ini disebabkan pada ketika itu pihak MARA mengatakan bahawa tiada orang yang makan burger di Malaysia. Tidak kurang juga fitnah yang mengatakan bahawa Burger Ramly terdapat unsur-unsur kandungan yang haram di dalamnya dan mendakwa bahawa pemilikan syarikat ini sering bertukar tangan.

STRATEGI PERNIAGAAN BELIAU

Hari ini, pemprosesan Burger Ramly terus menghasilkan berjuta-juta dengan pendapatan tahunan syarikat ini yang kininya melebihi 100 juta ringgit setahun. Jenama Burger Ramly ini bukan sahaja popular di negara kita, Malaysia bahkan pisang goreng panas di Singapura.

Jenama ini juga telah dicap akan reputasinya kerana komitmen dan integriti tidak menimbulkan kecurigaan terhadap status halal yang dimilikinya.

Mengubah cara bagaimana burger yang dikomersialkan melalui konsep gerai. Konsep yang di mana selalu diperkatakan akan kemungkinan untuk menjadi kaya itu tidak ada atau amat jauh, tetapi Dato’ Ramly Mokni Berjaya membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia dan mencipta sejarahnya sendiri dengan mempertengahkan konsep perniagaan sebegini tidak semestinya hanya untuk dipelopori oleh golongan yang tidak berpelajaran tinggi dan mereka juga boleh menjadi jutawan.

PENCAPAIAN KEJAYAAN BELIAU

Pernah dianugerahkan sebagai salah seorang penerima ‘Anugerah Melayu Cemerlang’ pada tahun 2006.

Everyday Malaysian Heroes - Dato Ramly

KUNCI UTAMA KEJAYAAN DATO' HAJI RAMLY B. MOKNI

Terdapat lima prinsip yang selalu dipraktikkan untuk berjaya di dalam perniagaan. Prinsip pertama, kerajinan. Iaitu tekun dan semangat ketika menjalankan tugas. Jika tiada sikap ini, maka perniagaan pasti tidak akan menjadi.

Kedua, kerja keras. Usaha saja tidak mencukupi tanpa kerja keras yang tidak mengira penat lelah dan tidak berputus asa untuk berjaya.

Prinsip ketiga adalah kejujuran. Sama ada terhadap diri sendiri mahupun orang lain, Dato’ Ramly Mokni percaya bahawa sikap ini dapat memberikan manfaat jangka panjang.

Prinsip keempat adalah dengan membantu golongan yang memerlukan serta sedia untuk berkongsi segala ilmu dan pengalaman yang telah dialami selama ini.

Kelimanya, membayar zakat atau pembayaran bagi tujuan amal. Tidak semua orang bernasib baik, jadi sebaik-baiknya kita memberi kepada golongan yang lebih memerlukan untuk berkongsi kegembiraan bersama.


 Ramly

RUJUKAN

1.       YouTube
2.       Ramly
3.       WIKIPEDIA The Free Encyclopedia
4.       MALAYSIA
5.       SKOR CAREER MALAYSIA
6.       Blogspot

No comments:

Post a Comment